[Video] “Bagi Makan Ayam Berseni Macam Ni Jugak…” -Hidangan Kek Raf Di’baling’ Atas Meja, Dato’ Fazley Yaakob Dikritik Kurang Beradap?

Selain pelakon manis Mawar Rashid, abang kepada Raf Yaakob, Dato Fazley Yaakob juga menyediakan kejutan ‘hebat’ buat adik kesayangannya itu.

Dato Fazley yang terkenal dalam bidang kulinari menyediakan hidangan ‘kek’ sebesar meja dengan menggabungkan potongan kek, buah-buahan, pelbagai sos, aiskrim, meringue dan pelbagai gabungan hiasan untuk dilihat menarik.

Setiap ‘balingan’ dan ‘campakan’ yang dilakukan chef berkenaan nampak mengujakan apabila rata-rata keluarga yang hadir nampak kagum dan terpesona dengan seni yang dipersembahkan penyanyi yang pernah terkenal dahulu.

Namun kesenian yang cuba ditunjukkan lelaki berkenaan ternyata mengundang kemarahan orang ramai apabila rata-rata tidak bersetuju dengan teknik campakan yang dipersembahkan lelaki berkenaan.

Bahkan ada juga yang menyamakan adab makan berkenaan dengan budaya barat.

Sumber : Media Hiburan