Terbaru! Drama Lakonan Farid Kamil Tidak Akan Disiarkan Selepas Farid Kamil Ditahan, Ini Jawapan Ketua Saluran Melayu Astro Yang Mengejutkan!

 

Sebelum Ini Pelakon Farid Kamil ditahan polis didakwa menampar anggota polis dan menendang orang awam.

Mengikut laporan Utusan Online, dalam kejadian yang berlaku jam 1.20 tengah hari tadi, pelakon tersebut menampar anggota yang sedang menerima aduannya disaksikan beberapa petugas dan orang awam. Pada awalnya pelakon tersebut bersama seorang rakan datang ke balai polis untuk membuat laporan kes kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih berada di balai polis berkenaan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Zani Che Din turut mengesahkan pelakon itu positif dadah jenis ganja selepas menjalani saringan air kencing yang dijalankan selepas ditahan.

Harian Metro turut melaporkan, dia juga didakwa turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan polis.

Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Image result for farid kamil positif

ISTERI FARID, DIANA DANIELLE ENGGAN ULAS LANJUT

Sehubungan itu, seperti dipetik mStar, isterinya iaitu pelakon Datin Diana Danielle pula mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram dan enggan mengulas lanjut.

Menerusi sebuah portal berita, Diana turut meminta pihak media memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.

Image result for farid kamil positif

Farid Kamil, juga pelakon filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada pagi Jumaat bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

KUALA LUMPUR- Drama terbaharu lakonan Datuk Farid Kamil iaitu Lafazkan Kalimah Cintamu yang dijadualkan bermula esok pukul 10 malam akan disiarkan seperti biasa di saluran Astro Ria dan Ria Hd.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata drama tersebut tiada kena mengena dengan situasi yang sedang dihadapai Farid selaku hero cerita berkenaan.

“Pihak kami yakin penonton bijak untuk menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya.

“Latazkan Kalimah Cintamu ialah adaptasi novel terkemuka dan mempunyai peminat tersendiri. Kami yakin ia akan diterima ramai seperti drama-drama lain bagi slot Mega Drama terdahulu,”katanya lagi.

Esok (Isnin) menandakan hari terakhir Farid direman sebelum ditentukan sama ada reman akan disambung atau perbicaraan ditetapkan bagi kesalahannya yang menampar dan mencederakan anggota polis pada Khamis lalu.

Sumber : kosmoonline