‘I Stand By Him, Dia Tak Pernah Mengasari Saya’ – Diana Danielle Akhirnya Buka Mulut

Setelah dua hari mendiamkan diri berhubung isu suaminya, Farid Kamil ditahan polis atas beberapa dakwaan, Diana Danielle di Instagram akhirnya buka mulut. Dia berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan mendoakan mereka sekeluarga.

Menurut Diana, dia perlu mengambil masa untuk memahami keadaan sebelum beliau membuat sebarang kenyataan. Apa-apapun dia tetap bertahan bersama suami dan membaiki apa yang perlu.

Menerusi perkongsian Diana, dia memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk bercakap mengenai isu ini. Dia berterima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan mereka sekeluarga. Yang kedua, dia turut menafikan dakwaan yang dibuat oleh segelintir netizen. Diana berkata Farid tidak pernah memukul dia walau sekalipun.

Diana juga mempertahankan suaminya dan akan berusaha memperbaiki apa yang perlu. Akhir sekali, dia memberitahu tidak akan jawab soalan yang dirasakan tidak penting dengan keadaan ini.

Apa-apa pun kita tunggu sehingga siasatan kes selesai. Kami doakan agar pasangan ini terus bersabar dengan ujian Allah ini. Kami yakin ada penjelasan yang baik dengan apa yang berlaku.

Sumber : Instagram Diana Dianelle

via kisahdunia