“Saya Hanya Extend Sahaja Masjid Itu, Saya Tidak Meruntuhkan Masjid Itu”- Izreen Azminda

Sejak mengakui telah bernikah sebagai isteri kedua seorang pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29; Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, masih belum berhenti menerima cercaan Netizen yang menganggap pelakon itu sebagai soerang perampas.

Ini kerana isteri pertama Ude, Intan Liana Azman, 32, hanya mengetahui Izreen telah menjadi madunya pada 8 November, kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin. Kepada Melodi TV3 yang bersiaran Ahad lepas, Izreen memberitahu dia bukan perampas kerana dia tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan:

Saya kahwin 8 Ogos, empat bulan yang lepas.

Saya bukan perampas, kalau saya perampas, dia bukan suami tidak lagi bersama Intan, kita berkongsi sekarang ini. Saya hanya extend sahaja masjid itu, saya tidak meruntuhkan masjid itu.

Saya faham mana-mana perempuan tidak mahu jadi yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat.

Kalau saya ada pilihan, tiada ketetapan dari awal, saya tak mungkin akan pilih jalan ini.

Saya agak terkilan dengan tomahan yang dilemparkan kepada saya.

Saya tahu saya di tempat kedua, dan saya akan meletakkan diri saya sebawah-bawahnya. Saya bersyukur dia dah terima saya, rela bermadu dengan saya. hopefuly kita buat yang terbaik buat suami kita, ya Intan?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ada yang mendoakan agar Ude berkahwin dengan isteri ketiga dan keempat supaya Izreen memahami perasaan Intan, namun begitu, Izreen berkata dia reda jika Ude berbuat demikian kerana ia adalah takdir.

Izreen juga memberitahu dia ada membantu keluarga besarnya, tambahan pula Intan tidak bekerja dan Izreen hanya membantu apa yang perlu sahaja.

Izreen juga dalam temubual itu memohon maaf terhadap Intan sekiranya ada silap dan salah.berharap mereka berdua dapat buat yang terbaik untuk suami, keluarga dan masa depan mereka.-beautifulnara.com