Remaja Cedera Selepas Kepala Dilanggar Kereta Api Ketika Mahu Selfie di Landasan

 

 

 

Akibat begitu taksub untuk berselfie atau berwefie bersama rakan-rakan untuk dipamerkan di media sosial, kadang kala ada individu yang sanggup mengambil gambar di tempat yang berisiko tanpa mengambil langkah berjaga-jaga mahupun memikirkan tentang akibat daripada tindakan mereka.

Menurut WORLD OF BUZZ, inilah yang terjadi kepada seorang remaja di Indonesia yang mengambil keputusan melulu untuk mengambil wefie di landasan ketika kereta api sedang bergerak laju.

Sumber: WOB

Pada 6 Disember yang lalu, Ely Hayati dan tiga rakan perempuannya telah pergi bersiar-siar bersama sambil mengambil gambar sepanjang perjalanan mereka di landasan kereta api di Purworejo. Mereka kemudian berhenti di suatu kawasan di tepi landasan kereta api sebelum mengeluarkan selfie stick untuk digunakan bagi mengambil gambar bersama.

 

 

Sedang mereka asyik bergambar, kereta api datang dengan laju dari belakang mereka mengakibatkan Ely yang berada paling hampir dengan kereta api tercampak beberapa meter kerana perlanggaran itu. Dahsyatnya!

Sumber: WOB

Daya tarikan yang kuat daripada kereta api itu telah menyebabkan kepala mangsa terhentak di batu konkrit yang berada berhampirannya. Panik, rakan-rakannya segera membantu sebelum penduduk berhampiran datang dan segera menelefon paramedik.

Sumber: WOB

Setibanya di hospital, Ely terus dibawa ke bilik bedah untuk pembedahan kecemasan bagi memberhentikan pendarahan di kepalanya. Difahamkan Ely kini dalam keadaan stabil tetapi masih lagi ditahan di dalam unit rawatan rapi (ICU) untuk dipantau oleh doktor.

Sumber: WOB

Insiden yang memeranjatkan ini telah berjaya dirakam di dalam gambar mereka dan ianya telah tular di media sosial. Melihat kepada gambar tersebut, ramai netizen yang mengkritik tindakan mereka itu dan mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi bahaya ini.

Bahaya tu! Kalau nak ambil selfie pun biarlah bertempat!

sumber: lobak merah