Panas! Fazura & Bront Punca Ayat-Ayat Cinta 2 Dikecam?

 

Penerbit filem Ayat Ayat Cinta 2 (AAC2), Manoj Punjabi memuji hasil lakonan yang diberikan oleh dua bintang tempatan, Bront Palarae dan Nur Fazura.

Bront dan Fazura memegang watak Baruch dan Brenda dalam filem AAC2 yang mula ditayangkan di Malaysia pada 11 Januari lalu. AAC2 juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Dewi Sandra serta pelakon asalnya, Fedi Nuril.

Alhamdulillah! Kerennn banget! Terima kasih buat semua yang udah nonton di bioskop seluruh Indonesia. Kepada yang belum.. yuk nonton bareng keluarga dan temen temen ya! Lots of LOVE! ❤️❤️❤️ @filmaac2

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on Dec 26, 2017 at 2:24am PST

Namun ada kritikan negatif dari netizen tentang dilem AAC2 ini walaupun sudah 1 juta penonton dalam masa 5 hari di Indonesia. Luahan hati netizen tentang AAC2 dengan menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka di laman twitter masing-masing sedikit sebanyak membawa impak kepada penonton-penonton yang lain untuk menonton AAC2 ini.

Hangat.com difahamkan bawaha bukan penonton-penonton AAC2 di Malaysia sahaja yang mengkritik malah penonton-penonton di Indonesia juga beranggapan yang sama.

Hangat.com merasakan ketidakpuashatian netizen bukan atas sebab lakonan Fazura atau Bront tetapi mungkin ada diantara mereka yang tidak boleh menerima jalan cerita AA2 ini. Ye la, bukan semua manusia mempunyai citarasa yang sama kan?

Filem ini mengisahkan tentang Fahri (Fedi Nuril) yang kini menetap di Edinburgh dan menjadi dekan di University of Edinburgh, menjalani hari-harinya seorang diri tanpa Aisha. Kehilangan isterinya membuatkan Fahri kecewa dan berputus asa. Mula menyibukkan dirinya dengan pekerjaan dan perniagaan, adakah Fahri akan bertemu dengan pengganti Aisha? Ataupun Fahri akan terbabit dalam cinta tiga orang wanita?

Sumber : Hangat.com