Netizen Mengamuk Fattah Amin Tidak Muncul Di MeleTOP?

Malam tadi penonton drama My Coffee Prince khususnya peminat Fattah Amin, sudah begitu teruja menantikan kehadiran Fattah untuk mempromosikan drama tersebut di rancangan hiburan MeleTOP.

Walaubagaimanapun, Fattah membatalkan kemunculannya itu pada saat akhir meskipun beliau sebenarnya sudah bersiap sedia di belakang pentas program tersebut.

Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga nama Fazura juga terheret sama dalam isu panas ini. Netizen mula mengamuk besar dan menganggap Fattah bersikap tidak professional.

Kami tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya malam tadi, mungkin juga Fattah ada hal yang lebih penting untuk diselesaikan. Tuduhan terhadap isterinya itu juga mungkin tidak betul. Sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut dari Fattah, sekarang relaks dulu ya peminat-peminat semua.

sumber: https://beautifulnara.com/netizen-mengamuk-fattah-amin-tidak-muncul-di-meletop/