“LOVE YOU” – SUAMI SENTAP BILA ABBY ABADI BUAT KEJUTAN HADIAHKAN SUAMI SEBUAH…

Ini cerita Suami kepada bekas anggota kumpulan Elite, iaitu Abby Abadi, dan suaminya bernama Muhammad Faizal Zakaria akui sangat terkejut apabila isterinya membuat kejutan tak terduga untuk ulang tahun kelahirannya yang ke- 43 semalam.

Barkata Faizal atau lebih mesra disapa Jai ini, dia begitu terharu kerana isterinya turut menyediakan hadiah hari jadi berupa sebuah scooter unik untuk kemudahannya.

Kejutan itu dikongsi oleh Jai menerusi entri terbaru diakaun Instagram (IG)nya malam tadi.

“Terima Kasih Sayang @abby_abadi112 tak sangka langsung nak bagi hadiah ni. Terharu sangat-sangat. Tak terkata terkata.

“Terima Kasih, Moga Allah berkati dan rahmati hidup sayang dunia akhirat. Love You,” tulisnya.

Pada masa yang sama, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, juga turut berkongsi momen-momen indah majlis sambutan itu menerusi IGnya.

“Kejutan untuk Suami, 10 August 2017. Alhamdullillah, berjaya juga walaupun plan ala-ala manja. Sambut pun dekat rumah sahaja.

“Berjaya buat suami gembira dan merah mata dia. Yeayyyyyyy!!!! Hehe,” tulisnya.

Di sini Kaki Share kongsikan foto-foto menarik sambutan hari jadi pasangan tersebut untuk korang.

Sebelum ini Abby Abadi  sah bergelar isteri kepada seorang wartawan kanan, akhbar rasmi PAS, Harakah, dengan sekali lafaz dalam majlis yang diadakan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 38, sah bergelar isteri kepada Muhammad Faizal Zakari dalam majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Imam masjid berkenaan, Osman Daud dan diwalikan oleh bapanya sendiri Abdul Manan Tadin.

Pernikahan ini adalah yang keempat bagi Abby dan kedua untuk Muhammad Faizal yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

Image result for pernikahan abby abadi dan farhan

“Saya sudah mengenali suami sejak 2012 dan kami membuat keputusan untuk berkahwin kerana ingin mengelak fitnah dan syukur kepada Allah majlis hari ini (semalam) berjalan lancar,” katanya kepada pemberita sebaik selesai majlis itu.

Abby menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga serta kenalan rapat pengantin termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin.

Pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Tasik Titiwangsa.

Abby yang pernah dikaitkan dengan kontroversi hal rumah tangganya sebelum ini, pernah berkahwin dengan aktor, Norman Hakim dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum bercerai pada tahun 2008.

Abby kemudiannya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 25, pada 2013 sebelum bercerai selepas 11 bulan berumah tangga.

Sumber : Kaki Share