Lelaki ditahan polis selepas menc@bul dan merakam aksi kakak iparnya sendiri menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang khas dalam tandas di rumah..

Tanggungjawab setiap ahli dalam keluarga masing-masing adalah melindungi diri antara satu sama lain. Namun, kebelakangan ini sungguh menyedihkan apabila banyak kes yang berlaku menunjukkan ada ahli keluarga yang sanggup melakukan perkara terkutuk terhadap keluarga sendiri semata-mata kerana nafsu serakah apabila memasang kamera tersembunyi untuk mengintai.

Terkini seperti yang dilaporkan The Star, seorang lelaki dipercayai telah ditangkap kerana didapati memasang kamera tersembunyi dengan tujuan untuk merakamkan aksi kakak iparnya sendiri yang sedang mandi, malahan turut mencabul kehormatan wanita tersebut.

Gambar Hiasan

Kejadian yang amat memalukan ini telah berlaku di Singapura yang membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang dikatakan tinggal bersama keluarganya iaitu isteri, anaknya dan kakak iparnya yang berusia 30 tahun.

Lelaki terbabit adalah seorang tukang masak yang bertindak merakam aksi kakak iparnya sendiri ketika berada dalam tandas rumahnya dengan menggunakan kamera bersaiz mini yang telah dibelinya khas untuk perbuatan tersebut.

kamera tersembunyiContoh kamera yang dipasangkan secara sembunyi.

Dia dilaporkan turut mencabut casing kamera berkenaan sehingga kelihatan seperti kamera kecil yang bersaiz duit syiling 10 sen dengan niat agar kamera tersembunyi itu sukar dikesan dan tidak dapat dilihat oleh mangsa.

Kamera yang telah diubahsuai sehingga tinggal bahagian dalam sahaja itu diletakkannya di atas pemanas air di dalam tandas kakak iparnya dan lima rakaman video telah dirakamkan selepas beberapa lama mangsa berada di bilik air tersebut.

cctvGambar Hiasan

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan dikatakan turut bersemuka dengan mangsa di dalam bilik malahan dia juga bertindak menunjukkan rakaman video tersebut kepada kakak iparnya tanpa rasa segan dan malu. Ekoran terkejut dengan keadaan itu, mangsa kemudiannya dengan segera telah menghalau lelaki terbabit keluar dari biliknya.

 

Namun, lelaki tersebut dengan selamba langsung tidak endahkan kakak iparnya dan menolak badan mangsa ke dinding. Ketika mangsa cuba untuk melarikan diri, dia terus menolak kakak iparnya itu ke atas katil lalu mencabulnya. Lebih teruk lagi apabila dia turut menampar pipi mangsa dengan tujuan untuk menghentikan mangsa dari terus meronta-ronta.

FEATURED BY

kamera tersembunyiGambar Hiasan

Mangsa yang amat ketakutan pada ketika itu akhirnya berjaya melepaskan dirinya daripada lelaki gila tersebut selepas adik iparnya itu bangun untuk membuka suis alat penghawa dingin yang berada di dalam bilik tidur berkenaan.

Mangsa yang menyedari itu adalah peluangnya untuk melarikan diri, dia dengan segera berlari terus ke tandas yang berada di bahagian dapur rumah tersebut serta mengunci pintu sebelum membuat panggilan telefon kepada abangnya dan melaporkan tentang kejadian itu kepada polis.

Sewaktu dalam perbicaraan tentang kes tersebut, peguambela yang memihak kepada lelaki terbabit, Desmond Tan mengatakan bahawa anak guamnya itu merasa sangat menyesal atas perbuatannya dan turut mengaku masih lagi dalam keadaan terkejut akibat hilang kawalan sehingga sanggup bertindak sedemikian terhadap kakak iparnya.

penjaraLelaki itu dipenjarakan selama 30 bulan selain turut disebat atas perbuatannya itu.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut tetap dikenakan hukuman iaitu tiga kali sebatan dan turut dipenjarakan selama 30 bulan di atas kesalahan yang telah dia lakukan.

Perkara sebegini sering berlaku dan tergamaknya adik ipar sanggup buat begitu terhadap kakak iparnya. Inilah yang dikatakan kerana nafsu badan binasa, sungguh memalukan. Semoga kita dijauhi dengan perkara seperti ini.

Berikutnya salah satu contoh rakaman yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengintai wanita dengan memasangkan kamera tersebut di dalam tandas atau bilik mandi seperti ini.

Orang ramai terutamanya kaum wanita dinasihatkan agar terus berhati-hati dengan keadaan sekeliling kerana perkara sebegini mungkin akan berulang lagi.