Instagram Farid Kamil ‘Diserbu’ Netizen

Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

BERITA penahanan Datuk Farid Kamil pada Khamis mengundang pertanyaan netizen yang terkejut dengan tindakan berani pelakon tersebut.Kebanyakan pengikut di laman Instagramnya mempersoalkan tindakan pelakon filem Tombiruo itu dan tertanya-tanya situasi sebenar yang berlaku.

“Farid, Kenapa buat macam tu? Jagalah pangkat dan darjat,” komen borndouble7.

“Masih tak faham apa kaitan dia tunjuk 300 artis hutang dan tiba-tiba tampar polis dan orang awam tu? Boleh terangkan?,” soal afaa_zatiaku pula.

“Betul ke hang kene tangkap sebab mengamuk pukul polis. Cuba cerita sikit apa puncanya. Janganlah buat perangai ‘datuk’ ni,” kata syafiqtahrim.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/12/instagram-farid/~/media/7199c1b501db4d27ad5d1963d76e89d1.ashx?la=en

Penahanan Farid Kamil mengejutkan peminat tanah air.

Dalam pada itu, ada juga pengikut yang meminta supaya netizen tidak melemparkan tohmahan sebarangan dan mendengar penjelasan pelakon ini terlebih dahulu.

“Apa sahaja berlaku, korang terus serang. Alahai netizen, kita dengar belah pihak tu saja. Pihak ni kita tak tau apa berlaku disebalik polis tu kena tampar,” komen zanayang9694.

“Tengok komen-komen netizen kat sini, bab kecam orang memang nombor satu. Cuba doa yg baik-baik. Semoga Datuk tabah dan sabar dengan ujian ini,” tulis hafiz_jamalullail.

“Ni berlakon saja kut. Tak ada lah dia nak tampar polis pula. Korang ni sikit-sikit kecam, takde keja lain ke?,” kata azzyrahmanit.

Semalam, mStar Online melaporkan Farid ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/12/instagram-farid/~/media/e5f6717665c14a1fbbec107cab41db99.ashx?la=en

Farid bersama isteri, Diana Danielle.

Farid dikatakan hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang Ah Long’.

Sementara itu, isterinya iaitu Datin Diana Danielle pula mengambil keputusan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram dan enggan mengulas lanjut.

Menerusi sebuah portal berita, Diana turut meminta media memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/12/instagram-farid/

Diana Danielle tutup ruang komen


Diana Danielle

 

KUALA LUMPUR 11 Jan.- Ekoran menerima pelbagai komen negatif di laman sosial, pelakon, Datin Diana Danielle bertindak menutup ruangan komen di Instagramnya.

Diana juga dilihat memuat naik video berbentuk iklan saluran televisyen, AXN satu jam yang lepas.

Suaminya, Datuk Farid Kamil yang positif dadah ditahan polis selepas menampar anggota polis trafik yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan.- UTUSAN ONLINE