Farid Kamil Mempunyai Pertalian Darah Dengan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj – Soffi Jikan

Pelakon Soffi Jikan ketika ditemui diperkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya mendakwa Farid Kamil mempunyai pertalian darah dari keturunan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Pertama.

Soffi Jikan ketika ditemui media di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.© Kosmo

Soffi menambah Farid mewarisi ciri-ciri kepimpinan pemimpin tersohor itu.

“Farid mempunyai jiwa seorang pemimpin yang hebat dan beliau adalah seorang pemidato yang hebat.

“Walaupun berada dalam keadaan tertekan dan kemurungan, beliau masih lagi boleh berkata tentang kebenaran dan segala perkara tentang masalah sosial, masyarakat dan perjuangan seni,” kata Soffi.

Soffi juga turut mengesahkan bahawa dia ada bersama pelakon itu sehari sebelum Farid ditahan akibat menampar seorang anggota polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara pada Khamis lalu.

Farid Kamil masih mampu tersenyum sinis ketika dibawa ke mahkamah. © Kosmo

“Ya, benar dan saya tahu dia mempunyai masalah kemurungan dan saya sudah bercadang untuk membawanya bertemu dengan pakar psikiatri dan kaunseling.

“Namun sebelum itu saya juga ada berbincang dengan Farid untuk membawanya bertemu dengan orang kuat agama untuk menyelesaikan masalah kemurungan yang dihadapinya. Tetapi saya rasa bersalah melepaskannya seorang diri pulang ke rumah ketika keadaannya masih tidak stabil,” kata Soffi.

Soffi juga turut mengakui bahawa Farid ada menggunakan akaun Bigo Live miliknya untuk tujuan suka-suka sehari sebelum ditahan pada Khamis.

Video:

Sumber: Kosmo Online