6 Selebriti Ini Pernah Bergelar Guru Suatu Masa Dahulu Yang Tidak Pernah Anda Tahu..! No 3 Tu Paling Tak Disangka

 

Bergelar seorang pendidik adalah satu pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu dan membimbing seseorang itu sehingga menjadi individu yang berjaya.

Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, berikut kami kongsikan selebriti yang pernah bergelar pendidik:

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

1. Ana Rafali
Peserta Gema Gegar Vaganza ini merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur sejak Mei 2016. Ana yang mengajar subjek bahasa inggeris di sekolah tersebut turut memiliki ijazah dalam jurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Teknolog MARA (UiTM) Shah Alam.

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

2. Tasha Manshahar
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oh No’ ini telah memulakan kariernya sebagai seorang guru bahasa inggeris pada Jun tahun lalu. Pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 24, telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah rendah di Melaka.

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

3. Lisa Surihani
Tahukah anda, pelakon jelita Lisa Surihani juga pernah bergelar seorang guru sekitar tahun 2003. Lisa pernah bertugas sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

4. Ally Iskandar
Pengacara popular, Ally Iskandar juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Tunku, Petaling Jaya. Selain itu, Ally juga sebelum ini pernah bergelar pensyarah di Kolej Yayasan Pelajaran Mara di Cheras, Kuala Lumpur.

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

5. Shah Iskandar
Pelakon popular ini juga dikatakan pernah menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Sebelum menceburi bidang lakonan, Shah pernah menjadi seorang guru selama setahun di Rainbow Centre, iaitu sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

6. Adibah Noor
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Terlalu Istimewa’ ini pernah bertugas sebagai seorang guru sekitar tahun 1993. Adibah juga pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Taman Dato’ Keramat, Kuala Lumpur sebagai seorang guru bahasa inggeris

6 ORANG SELEBRITI INI PERNAH BERGELAR GURU SUATU MASA DAHULU YANG TIDAK PERNAH ANDA TAHU…!!!

Sumber : ohkisah.com